السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semuanya. Harini hari Khamis, 30 September 2020. Letak la sesiap supaya ada gak kenangan pernah sharing pengalaman interview kt LHDN. Asyik baca blog orang ja, ada yang dapat ada yang tak. Hmm.. saya ni tak tau la dapat ke tak, sebab sampai sekarang takde keputusan lagi. Kalau taip cerita ni mesti panjang amat dong☺. ok, ok, serius serius. Nak cerita pasal pengalaman temuduga kat LHDN Kota Kinabalu, Sabah. Haritu dapat e-mel dari 'Kerjaya Hasil' tarikh 29 Januari 2020. Apply kerja LHDN ni masa tahun 2019 bulan Feb. Lama gak tunggu sampai rasa dah tak kena panggil dah kot. Hampir setahun gak tu, tiba2 dapat e-mel dan ofkos la terkejut and excited. Dalam e-mel tu, LHDN soh interview 13 Februari 2020 (Khamis). okay, bermula sesi buat persediaan segala bagai kan. Tengok la e-mel LHDN soh bawa apa, kita kena bawa like :
- Borang Permohonan
- Borang Temu Duga
- Sijil asal dan satu sijil salinan yang telah disahkan
- Kad Pengenalan
- Sijil Lahir
- Sijil Kelulusan SPM, Diploma, Ijazah etc
- Sijil Pengiktirafan Diploma/ Ijazah dari KPT (http://www2.mqa.gov.my/esisraf/)
- Sijil Kegiatan Luar etc
Jenis2 borang LHDN ni boleh dapatkan kat website LHDN tu sendiri.
Semua yang diperlukan di atas mesti bawa, tapi masa saya pergi iv tu salinan sijil kegiatan luar tak bawa pulak, lamberttt lagi nak patah balik Tawau dari KK tu nak amek sijil yang tinggal. Alamatnya, bagi je la apa yang dah bawa. Memang pasrah gila time tu. Okay, dah tamat sesi pendahuluan. ☺
Tiba la masa yang ditunggu iaitu hari iv. Pertama sekali pemilihan baju la, guna la baju yang rasa-rasa boleh menyedapkan mata penemuduga untuk hari tersebut. Time tu hari Khamis, jadi memang dah sesiap bawa baju ala-ala batik la. Padahal baju tu baju masa belajar diploma dulu. Baju kurung dan guna kasut hitam tumit dalam 2 inci gitu la.
Dah sampai LHDN KK kmi kena tunggu beberapa minit nak tunggu staff yang akan bawa kami ke tingkat atas. Masa tu orang yang datang temuduga dalam 12 orang kalau tak salah. Kitorang dibawa ke bilik mesyuarat untuk taklimat. Adalah sesi soal jawab time tu. Candidate semua dari Sabah juga, so penempatan pun kat Sabah, kekosongan time tu 3 orang sahaja. Time tu memang terpegun la dengan orang2 yang datang temuduga tu, ada yang dah ada ijazah, ya lah, saya pun guna diploma ja, ada yang dah kerja gov dah etc. Dalam hati time tu rasa down juga, tapi tak pa la, atleast ada pengalaman iv kt LHDN tu. Kira bersyukur juga, antara ramai2 yang apply kerja LHDN ni, saya adalah orang yang terpanggil juga untuk temuduga and yang paling beruntung sekali time kitorang interview tu, tak dak ujian bertulis ke, ujian komputer ke.. mmg terus ja iv time tu.
Selepas taklimat, kami diminta untuk menyerahkan segala sijil asli dan salinan untuk semakan. Lepas dah settle cek segala sijil tu, kami diarahkan untuk menyimpan salinan sijil kat dalam fail yang dah mereka sediakan. Lepas tu kami dibawa untuk tgok BMI. Hmmm.,staff pun cek la saya ni, tinggi pun alahai, rendah la saya ni pun. huhu. Berat? Alahai, berat mata memandang. hahaha. Takpa la. Kan pengalaman... tu la, sapa suruh takmau diet... padan muka saya la kan. Nasib-nasib... haha. Dan benda yang paling mengejutkan saya, sesi bergambar. Ambek kau seketul muka besaq gedabak kita diorang amik sambil pegang nombor rujukan ke apa benda. Dah macam orang2 kat penjara United State. hahaha...gurau je..
Setelah tamat sesi bergambar tu, kami semua dibawa naik lagi ke tingkat atas untuk interview.. huwahhh..berdebar siakkkk. Tempat untuk iv tu di bahagi kepada 2 bahagian, maybe untuk mempercepat sesi interview kot. Saya lak time tu kena kat tempat yang hujung sekali. Alih2 tunggu tu pun, setiap orang kena temuduga dalam setengah jam lebih jugak la. Selamat la time tu orang sikit ja, tapi tunggu tu memang lama la, cuak gak apa la agaknya yang penemuduga ni tanya sampai lebih setengah jam tu. Time tu memang dah takdak mood dah nak membaca, tak leh nak masuk dah kalau last minute pnya time. Zikir ja la apa2 jenis zikir time tu. Sambil2 tu ada gak sembang dengan staff and candidate lain. Mostly background memang la bidang sains kesetiausahaan kan, saya ni takat pengurusan pejabat ja, adala basic2 SU tu walaupun tak la se Champion diorang. Time tu memang meng WOW2 kan orang ja sebab kagum dengan bakat dan kebolehan yang diorang ada. Rasa bangga dapat sembang2 dengan orang2 yang ada pengalaman setiausaha, pengalaman dalam bidang pejabat etc. Saya pun penah gak la keja pejabat, tapi takdak la lama sampai bertahun-tahun. Perghhh...
Tunggu punya tunggu, asyik tengok candidate keluar ja mesti senyum bahagia, Hati tu memang dah positif habis dah, rasanya mesti penemuduga ni peramah. Tiba giliran saya masuk bilik penemuduga tu. Ketuk pintu, saya baca Bismillah, bagi salam dan bagi segala sijil bagai kat penemuduga. Time tu ada 2 panel. Muka penemuduga memang menyejukkan hati, patut pun candidate lain keluar muka senyum ja. Penemuduga lelaki dan perempuan. Mereka pun suruh saya duduk. Saya duduk dan mula la sesi temuduga tu.
Tengah fokus nak tunggu soalan, penemuduga kenalkan diri diorang kat saya. Masha Allah, selama-lama ini saya datang temuduga baik sektor kerajaan maupun swasta, kat LHDN KK ni la dengan pertama kalinya saya jumpa penemuduga memperkenalkan diri terlebih dahulu kepada orang yang dia nak interview tu. Sangat2 kagum seriously.. Tapi sekarang ni dah tak ingat dah nama la. hehehe...
Lepas mereka dah perkenal diri, tempat kerja kat mana, baru la mereka bagi soalan. Antara soalannya ialah:
1. Perkenalkan diri anda. Cerita punya cerita, ditanya la, kalau jauh dari suami takpa ka.. Saya kata la takpa sebab sekarang pun bekerja sebagai pekerja harian ja sedangkan LHDN ni beri kerja yang tetap. Suami pun pekerja harian. Dah cerita2 itu ini, Panel 1 tu cakap, kalau awak dapat ni, saya letak awak di Sandakan la.. hehehe. Saya pun kata mana-mana ja, padahal dalam hati tu kata AAMIIIN YA ALLAH ..kalau dapat....Siap pesan lagi, kalau dapat kerja ni, saya nak awak sambung balik Degree awak tu ye.. Okay, I is so terharu. Teringat la hal2 yang menyebabkan kenapa tak dapat habiskan Degree dulu..hmm.
2. Terangkan tanggungjawab seorang setiausaha.
3. Siapa Ketua Eksekutif semua pegawai LHDN. Soalan ni saya ingat tanya ketua bahagian Sabah, rupanya seluruh Malaysia. Awal tu salah jawab, lpstu betul dah. Dato' Sri Dr. Sabin Samitah.
4. Dato' Sri Dr. Sabin Samitah tu orang mana? Dalam hati ni, hah sudah, nak jawab apa, tak pernah lak terfikir akan ditanya soalan macam ni. Dengan yakin dan tanpa segan jawab orang semenanjung. hehe.. Then both panel geleng kepala.. hihihi.. Then mereka kata orang Sabah. Wow! I said. Terkeluar la plak kata wow tu. Alamak... tak sengaja terkagum lak sebab orang Sabah tu pegang jawatan tertinggi di Malaysia. Then panel 1 tu cerita la, Dato' tu la orang Sabah yang pertama memegang jawatan tersebut. Mulut ni pulak prgi cakap 'ohhhh'... Bila ingat balik, pehal la saya boleh cakap macam tu. Aduh, dah tak nampak macam orang gi interview ja, sebab penemuduga sempoi...serious talk u all... tak tipu...
5. Apa kelebihan awak daripada orang lain untuk pegang jawatan setiausaha ni? Gaji ni besar tau, jadi kalau gaji besar, kerja pun banyak. Cer citer kelebihan awak. Hah, sempoi betul soalan... Cerita la pung pang pung pang yang boleh dibantai. Panel tanya, sanggup tak kerja lebih masa, kadang lebih dari jam 6 petang and OT tak dibayar ya. Saya kata sanggup ja, sebab pengalaman kerja kat Jabatan Perangkaan dlu lebih dari jam 6 petang lagi tp OT bayar la. hehehe. Hmm.. klu dah terdesak nak kerja ni, tunjuk la effort sanggup buat apa aje..kan........
6. Ni soalan dari Panel 2. I will ask you in English question. As you know, we need candidate who know to speak in English. I said la, Okay. Ok, panel 2 ni ask me, What are your weaknesses? Saya bantai la tah pape... tergagap2 la nak bercakap pun.. dah habis bantai, panel tu cakap, ok, tu je saya nak tanya (muka senyum). dalam hati ni, What??Only that??hok aloh...Ceh, riak..hahaha. Padahal tadi gagap macam apa dah..
okay sampai situ ja la soalan2 yang diberikan, tak ingat dah soalan apa lagi yang ditanya. Insha Allah ni je la kot soalan yang saya dapat. Soalan sikit je kan??? Tapi korang nak tau, saya kat dalam tu lebih setengah jam juga tau, macam sejam jgk la rasanya.. Tak tau apa yang di pung pang kan kat dalam tu. Then panel tu cakap la semoga berjaya dan kami harap awak dapat kerja ni..
Maybe kata2 ni la yang membuatkan semua candidate yang keluar dari bilik penemuduga ni senyum ja bila keluar, dengan saya sekali la ikut senyum.. Masuk bilik ni memang tenang, panel sangat ramah dan sempoi, pertama kali dalam hidup ni menghadap penemuduga yang menenangkan hati bila keluar dari bilik temuduga. Dalam hati ni sebenarnya yakin and tak yakin dapat kerja ni, sebab tau ada candidate lain yang lebih layak dari diri ni. Tapi penemuduga ada cakap tadi, Insha Allah kalau rezeki awak, awak akan dipanggil datang, dan semoga kita berjumpa nanti. Jangan lupa tegur saya bila dah dapat kerja ni.. Dan saya percaya, kalau rezeki tak kemana, kalau bukan rezeki pun, tak pa, sebab penemuduga ni saya akan ingat sampai bila2. Tak pernah la jumpa penemuduga macam mereka ni. Insha Allah berjumpa lagi, kerja LHDN ataupun tak, Insha Allah saya akan tegur juga mereka bila berjumpa.
Okay, dah settle sesi temuduga, saya pun baca doa ''Inni tawakkaltu a'lallahi lahaulawala quwwata illa billah''. Then lambai sikit and said semoga berjaya pada candidate lain. Memang laju la cau tu sebab nak kejar bas balik Lahad Datu/ Tawau haritu juga. Selamat sempat jumpa, 5 minit lagi nak bertolak balik.. Alhamdulillah dapat gak bas. Dah la esok tu kena masuk kerja.huhu..Kesian la kat cik abang, kena tunggu smpai jam 10 malam. Dah la tinggal kat Felda Sahabat 26, hujung tu.... sampai umah jam 1 pagi uiii...Cobaan.. Tapi Alhamdulillah, semua urusan pergi dan balik temuduga tu dipermudahkan...
Sekarang pun masih tunggu keputusan lagi, semoga keputusan keluar. Candidate yang iv dengan saya haritu, SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA... tunggu ja keputusan dulu, maybe lambat sebab Covid ni.. Bersabar la kita ye...
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
No comments:
Post a Comment